- Tidak menghiraukan nasib kaum muslimin.
* Mereka selalu mencipta kelemahan dalam barisan muslimin. Orang munafik berpendapat oarang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.
- Suka menyebar khabar dusta.
* Orang munafik suka memperbesarkan peristiwa. Jika ada orang yang tersilap bicara secara tidak sengaja, si munafik akan menghebahkan kepada orang lain.
- Mengingkari takdir.
* Orang munafik suka membantah dan tidak reda dengan takdir Allah. Justeru, apabila ditimpa musibah, dia akan berkata : "Bagaimana ini, jika saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini." Dia selalu mengeluh sesama manusia.
- Mencaci kehormatan orang soleh.
* Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci, mengejek, mengumpat dan menjatuhkan kehormatan mereka pada majlis pertemuan.
- Sering meninggalkan solat berjemaah.
* Apabila seseorang itu sihat, kuat, mempunyai waktu lapang dan tidak keuzuran, namun dia tidak mahu datang ke masjid atau surau ketika mendengar panggilan azan.
- Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan.
* Mereka ingin perbuatan keji tersebar dikalangan orang beriman. Mereka menggembar-gembur mengenai kebebasan wanita, persamaan hak dan membuang hijab. Mereka berusaha memasyarakatkan nyanyian dan konsert, menyebarkan majalah lucah dan dadah.
- Bakhil.
* Orang munafik sangat bakhil dalam masalah kebajikan. Mereka menggenggam tangan dan tidak mahu bersedekah sebahagian harta mereka untuk kebajikan padahal mereka golongan yang mampu dan kaya.
Cari Blog Disini
Rabu, 2 Februari 2011
7 ciri orang munafik
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan